Apabila Wanita Muslimah Jatuh Cinta
Wanita muslimah jatuh Cinta?
Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?
Mereka juga punya hati dan rasa.Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka . Namun sebaliknya.
Ketika wanita muslimah jatuh cinta,
yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci
Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.
Ketika
wanita muslimah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka
nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari
orang tersebut.
Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.
Ketika
mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang
tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh.
Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya.
Bahkan jika cinta dia harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.
Alangka kasihannya jika wanita muslimah jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan. Tetapi
saudari, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu
secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia.
Pasangkan
duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air
mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap. Putarkan balik
kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya.
Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.
Saudari, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu.
Tetapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah
tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu.
Saudari,
bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya
akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya.
Walaupun telah ramai yang wanita muslimah (dan wanita baik yang lain) telah hanyut dan rosak dalam cinta dunia.. :(
Tidak ada komentar:
Posting Komentar